Monday, April 30, 2012

Kawan Baik Suka Kat Kita?

Assalamualaikum semua....wah..dah lame gile x up date blog ni...hehehehe

aq ada cerita nak kongsi nan korng...ermm...hari 2 ada org tanya aq 1 soalan ni..

"kalau sorang kawan baik kite cakap die suke kat kite ape ptt kite buat ?"

pada aq sume ni begantung pada hati kita...xsalah kala kitau bg peluang kat org 2

tapi kalau hati masih belum besedia tok becinta lagi jangan pasa diri..susah nnt,

kalau hati kita belum besedia cakap lah kat org 2 yg masih belum besedia dan lebih baik kawan

dahulu untuk lbh kenal hati budi masing2....kalau btl org 2 syg kan kita die akan faham

dan hormati keputusan kita...dalam mase yg sama buat lah solat istiqarah minta petunjuk

dari Allah agar kita x buat pilihan yang salah Insyaallah ^_^....

banyak kan berdoa agar yang datang 2 adalah yang baik2 saje....

Sunday, December 25, 2011

NoDelay Hack for Ragnarock

Pada Ragnarok player aq ada benda nak kongsi nan korang...nodelay hack click
hack ni dibuat tok player yang xmampu nak beli/donate kiel card yang harda dia mencecah RM40

Cara2 nak pakai sng je....

1) korang download nodelay.grf click

2) korang past kat dalam file Ragnarok korang

3) korang cari file nama DATA.INI

4) korang jus tambah 0=nodelay.grf je dalam file 2

CONTOH :

Saturday, November 12, 2011

surat kepada bakal isteriku yang masih dalam pencarian ku

Assalamualaikum wrt. wbt.
Untukmu, Bakal isteriku..
Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “Kau tercipta untukku.”
Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.
Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.





Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.
Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.
Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.


Dariku, Bakal suamimu.

Friday, November 4, 2011

kenangan yang aq tak akan lupekan....

hai kawan2 aku rindu korang hahaha....





gambar ni di ambil mase kitaorg tingkatan 4......banyak kenangan masam dan mainis waktu belajar kat sekolah menengah...bile kita sume leh berkumpul dan bejumpa lg.... T_T








yang hujung sebelah kanan 2 aq.....hehehe lain gile kan...dulu aq kurus je sekarang aq da berisi..
biase la terlebih kasih sayang....hehehehe









ni pulak gambar selepas presentation since...sume tenga kemas2 barang..








aq akan usaha cari gambar kenangan2 aq lg....bg aq kenangaan 2 penting....bak kate pepatah...
"harimau mati meninggalakan belang, manusia mati meninggalkan nama...."
kenapa pelu ada peninggalan....sbb tu sume adalah untuk kenangan pada masa akan datang.....
eh yeke?!! memandai je aku ni...hahahaha




** okey lah ape2 pn yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan...sayangi la dan hargailah        kawan2 dan org yang menyayangi kite....
.
** have a nice day <3 <3